Sijil HALAL untuk produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia
dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services of America). Islamic Services of Amerika
(ISA) adalah satu badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.
Alhamdulillah, Sijil HALAL terbaru Shaklee untuk tahun 2012,
telah dipamerkan di laman web Shaklee Malaysia, www.shaklee.com.my. Buat
pengetahuan anda, produk yang tersenarai
di dalam sijil HALAL ini ialah produk yang dipasarkan oleh Shaklee (M) sahaja,
tidak semua produk Shaklee worldwide ada dijual di Malaysia, meskipun anda
boleh menjumpainya di negara jiran, Singapura.
Jika anda ingin membuat kepastian untuk menambah rasa
keyakinan anda, anda boleh menyemak di dalam www.halal.gov.my. Sila lihat ”
Senarai Badan Islam yang diiktiraf 2012″, dan kedudukan ISA (Islamic of America) adalah pada no. 54. Data ini
telah dikemaskini pada 1. Jun. 2012.
Untuk menyemak Senarai Badan Islam Luar Negara yang di
iktiraf oleh JAKIM, anda boleh melayari secara terus di:
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf





0 comments:
Post a Comment